Monday, 15 June 2015

#5 essay of technology and innovation ( malay verse )

Teknologi dan inovasi  adalah keseluruhan sarana untuk menyediakan barang-barang yang diperlukan bagi kelangsungan, dan kenyamanan hidup manusia. Dalam konteks bidang pendidikan, teknologi dan inovasi mampu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di samping meningkatkan tahap pemahaman dan penguasaan para pelajar dalam sesuatu subjek atau topik. Pernahkah kita terfikir mengapa penggunaan ICT masih kurang di sekolah? Walhal, para pelajar lebih berminat kepada aktiviti gadget lebih daripada aktiviti pelajaran pada masa kini.

Oleh itu, dalam meningkatkan minat pelajar dan membuat pelajar lebih gembira, pendidik seharusnya mengambil inisiatif dalam penyediaan pengajaran seperti penggunaan alat bantu mengajar yang lebih kreatif dan menarik minat pelajar. Mungkin dengan menggunakan bahan-bahan terbuang untuk eksperimen sains di luar kelas.
Selain itu, untuk meningkatkan tahap pembelajaran pelajar, pendidik boleh menggunakan kaedah slaid atau menggunakan komputer dengan lebih kerap kerana kebanyakan pelajar pada masa kini lebih tertumpu dan tertarik terhadap aktiviti yang melibatkan penggunaan gadget.

Di samping itu, sekolah juga boleh menganjurkan ‘Hari Gadget’ atau ‘Hari Teknologi’ di sekolah bagi memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri dan mencipta alat bantu mengajar yang di rasakan sesuai untuk di aplikasikan di sekolah mereka. Dengan ada nya aktiviti-aktiviri seperti ini, para pelajar juga akan lebih rapat dan guru-guru dapat mengenali para pelajar dengan lebih dekat.

Para guru juga boleh menggunakan facebook dan kumpulan whatsapp sebagai contohnya ruang untuk berbincang mengenai topik dan isu semasa walaupun pada hujung minggu disamping dapat meyiapkan kerja rumah yang diberi semasa cuti sekolah. Guru juga boleh menggunakan gadget sebagai salah satu medium untuk berhubung dan menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan penggunaan teknologi seperti menyebarkan info kepada pelajar melalui ruangan blog.

Kesimpulannya, pendidikan yang bermakna adalah pendidikan yang membawa kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh yang boleh digunakan oleh individu menjalani kehidupan seharian. ICT dalam pendidikan bermakna penggunaan kemajuan teknologi moden sebagai alat pemangkin perkembangan dunia pendidikan melalui teknologi maklumat melalui ruang maya atau apa-apa media penyebaran dan penyampaian maklumat sama ada dalam bentuk audio, video dan data dan bertepatan sebagai aplikasi penggunaaan peralatan teknologi pendidikan uyntuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan pembelajaran.



 ( MAZIAH BINTI MOHD SAID - A148006 )

No comments:

Post a Comment