Teknologi dan inovasi
adalah keseluruhan sarana untuk menyediakan barang-barang yang diperlukan bagi
kelangsungan, dan kenyamanan hidup manusia. Dalam konteks bidang pendidikan,
teknologi dan inovasi mampu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di
samping meningkatkan tahap pemahaman dan penguasaan para pelajar dalam sesuatu
subjek atau topik. Pernahkah kita terfikir mengapa penggunaan ICT masih kurang
di sekolah? Walhal, para pelajar lebih berminat kepada aktiviti gadget lebih
daripada aktiviti pelajaran pada masa kini.
Oleh
itu, dalam meningkatkan minat pelajar dan membuat pelajar lebih gembira,
pendidik seharusnya mengambil inisiatif dalam penyediaan pengajaran seperti
penggunaan alat bantu mengajar yang lebih kreatif dan menarik minat pelajar.
Mungkin dengan menggunakan bahan-bahan terbuang untuk eksperimen sains di luar
kelas.
Selain
itu, untuk meningkatkan tahap pembelajaran pelajar, pendidik boleh menggunakan
kaedah slaid atau menggunakan komputer dengan lebih kerap kerana kebanyakan pelajar
pada masa kini lebih tertumpu dan tertarik terhadap aktiviti yang melibatkan
penggunaan gadget.
Di
samping itu, sekolah juga boleh menganjurkan ‘Hari Gadget’ atau ‘Hari Teknologi’
di sekolah bagi memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri dan
mencipta alat bantu mengajar yang di rasakan sesuai untuk di aplikasikan di
sekolah mereka. Dengan ada nya aktiviti-aktiviri seperti ini, para pelajar juga
akan lebih rapat dan guru-guru dapat mengenali para pelajar dengan lebih dekat.
Para
guru juga boleh menggunakan facebook dan
kumpulan whatsapp sebagai contohnya
ruang untuk berbincang mengenai topik
dan isu semasa walaupun pada hujung minggu disamping dapat meyiapkan kerja
rumah yang diberi semasa cuti sekolah. Guru juga boleh menggunakan gadget
sebagai salah satu medium untuk berhubung dan menyampaikan maklumat kepada
pelajar dengan penggunaan teknologi seperti menyebarkan info kepada pelajar
melalui ruangan blog.
Kesimpulannya,
pendidikan yang bermakna adalah pendidikan yang membawa kepada perkembangan
potensi individu secara menyeluruh yang boleh digunakan oleh individu menjalani
kehidupan seharian. ICT dalam pendidikan bermakna penggunaan kemajuan teknologi
moden sebagai alat pemangkin perkembangan dunia pendidikan melalui teknologi
maklumat melalui ruang maya atau apa-apa media penyebaran dan penyampaian
maklumat sama ada dalam bentuk audio, video dan data dan bertepatan sebagai
aplikasi penggunaaan peralatan teknologi pendidikan uyntuk meningkatkan
keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan pembelajaran.
( MAZIAH BINTI MOHD SAID - A148006
)