1) DIGITAL
BLOOD SUGAR MACHINE
Pengukur glukosa darah dan pemantauan adalah sesuatu penting
untuk pesakit kencing manis untuk memastikan paras gula di bawah kawalan. Oleh
kerana terdapat lebih ramai pesakit kencing manis kini disebabkan oleh
perubahan gaya hidup terutama di negara-negara maju, peranti pemantauan glukosa
darah semakin dalam permintaan. Peranti pengukur semakin kecil, lebih mesra
pengguna, dan sangat maju. Direka oleh pemaju Itali, Giulio Sbarigia, Glucogrip
menggabungkan keselesaan dan teknologi bagi membolehkan pesakit untuk mengukur
glukosa dalam darah mereka dengan cekap.
2) TUNGKU
MODEN
Tungku moden dicipta seperti bantal ini berperanan sebagai
tungku mudah alih sangat sesuai digunakan oleh ibu selepas bersalin. Ia nya
sangat praktikal kerana tungku ini tidak perlu kerap memanaskan seperti tungku
besi atau batu sungai. Masa untuk menyediakan tungku juga lebih singkat kerana
tungku moden hanya perlu di caskan pada
elektrik selama 5- 8 minit dan ia
tersedia untuk di pakai. Tungku moden ini juga tidak terlalu berat atau
terlalu ringan dan sangat sesuai untuk di gunakan oleh semua wanita lepas
bersalin.
3) MOBILE
BLOOD PRESSURE SPLINT
Alat tekanan darah ini mampu membantu orang yang mempunyai
masalah penglihatan terutamanya orang buta yang menghidap penyakit darah tinggi
atau cacat penglihatan untuk membuat pemeriksaan tekanan darah tanpa bergantung
kepada orang lain atau erti kata lain dengan sendiri atau bebas. Monitor atau
alat ini mempunyai sistem pengukuran
bersepadu yang mengukur dengan tepat tekanan darah.
4) ELECTRONIC
HEALTH CIGARETTE
Electronic Health Cigarette (EHC) - Rokok Elektronik Ehc
Adelah Kaedah Untuk Berhenti Merokok. e-HC atau nama penuhnya Electronic Health
Cigarette ATAU dalam bahasa Melayunya, Rokok Kesihatan Elektronik adalah
merupakan satu teknologi terkini untuk merokok. Anda boleh merokok tetapi anda
akan JIMAT dan anda akan lebih SIHAT. Rokok elektronik ini lebih sihat &
tidak merbahaya khususnya kpd ahli keluarga anda. Ia ini adalah salah satu
kaedah terbaik kepada perokok yg nak berhenti merokok atau untuk mereka yg nak
jimatkan belanja rokok. Di Malaysia, E-cigarette di jual pada harga RM250.
5) MINI
MOBILE OXYGEN SATURATION
Alat mengesan paras oksigen dalam darah ini sangat penting
terutama kepada pesakit yang menggunakan bantuan oksigen dihospital mahupun
dirumah. Ia mudah dibawa kerana saiznya yang kecil dan cuma perlu dicaj. Alat
ini juga boleh digunakan oleh paramedik untuk melakukan kerja-kerja menyelamat
kerana senang dibawa. Alat ini berharga RM300.
6) SNUZA
HALO MOVEMENT DETECTOR
Kejadian sindrom kematian bayi secara mengejut (Sudden
Infant Death Syndrome (SIDS))masih menjadi punca utama kematian bagi bayi yang
berumur 1 hingga 12 bulan. Satu alternative atau peranti baru dihasilkan
sebagai pengesan SIDS untuk memantau pergerakan bayi dengan pengesan gerakan
sensitif.
SIDS mudah alih ini seberat 30 g di letakkan pada bayi,
ianya sangat sensitive kepada pergerakan bayi
seperti pergerakan
pernafasan. Lampu berwarna hijau
akan menyala sekiranya terdapat pergerakan bayi. Jika bayi tidak bergerak dalam
masa 15 saat alat berkuasa bateri ini mengaktifkan getaran denyutan untuk
merangsang pernafasan bayi.
7) HEART
CHECK PEN
HeartCheck PEN adalah
untuk membolehkan pesakit untuk melihat dan mencetak ECG mereka sendiri dan
mengkaji ritma atau dengupanjantung dan kadar denyutan jantung.
Peranti HeartCheck
PEN adalah padat, mudah untuk digunakan, dan mengambil bacaan jantung tepat
bila-bila masa dalam hanya 30 saat. Menyimpan sehingga 20 ritma jantung, data
boleh dimuat turun dan dicetak dari komputer, atau dihantar kepada pakar
perubatan, klinik, atau ECG menyelaraskan pusat.
8) PROVENT
Provent ialah satu alat bantu tidur untuk pesakit yang
mempunyai penyakit Obstructive Sleep Apnoea (OSA). OSA adalah satu keadaan di
mana nafas pesakit akan berhenti ketika tidur. Sebelum munculnya teknologi
Provent ini, alat yang biasanya digunakan oleh pesakit untuk membantu mereka
bernafas ketika tidur ialah mesin Continuous positive airway pressure therapy
(CPAP). Walaupun Provent mempunyai peranan yang sama dengan CPAP namun Provent
lebih mesra pengguna dan ianya lebih murah berbanding mesin CPAP.
9) ASPIVENIN
Kesan gigitan akan membawa kepada masalah yang kecil seperti
gatal-gatal sehingga boleh membawa maut. Ketika
di hutan sebagai contoh, sekiranya seseorang terkena sengatan kala
jengking, rawatan segera amatlah diperlukan. Oleh yang demikin, ASPIVENIN
adalah satu inovasi terbaru yang boleh digunakan membantu mengeluarkan bisa dan
melegakan kesakitan. Dengan hanya berharga RM77, ASPIVENIN mampu menghilangkan
kesan-kesan gejala selepas gigitan serangga dan binatang berbisa seperti
kesakitan, kegatalan, dan kerengsaan.
10) SILICONE TOE
Silicone toe adalah satu inovasi yang digunakan untuk
pesakit yang mengalami masalah Bunion. Bunion adalah masalah pada tulang dan
tisu lembut kaki yang boleh menyebabkan rasa sakit yang berterusan dan keradangan.
Bunion bermaksud benjolan, iaitu di sisi
ibu jari kaki atau jari kaki kecil menjadi lebih besar, seakan-akan seperti
benjolan. Dengan penggunaan Silicone Toe, ia akan memberikan tekanan yang
lembut dan berpanjangan di kawasan bunion tersebut, dengan ini sakit akibat
daripada bengkak tersebut dapat dikurangkan.










No comments:
Post a Comment